Video Dr. Mahathir belasah ahli Bersatu yang tanya soalan BANGANG secara terbuka | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Ahad, April 09, 2017

Video Dr. Mahathir belasah ahli Bersatu yang tanya soalan BANGANG secara terbuka

Aku bukan nak ulas pasai soalan dari moderator-moderator tu. Yang menarik minat aku adalah soalan BANGANG dari seorang ahli parti Bersatu macam video kat bawah ni. 

Kemarin ada satu program Hardtalk bersama Dr. Mahathir dan Hj Husam anjuran Persatuan Masyarakat Penyayang Selangor yang sangat menarik.

Banyak soalan-soalan yang berat dan kontroversi yang ditanya oleh para moderator kepada Dr. Mahathir dan Husam

Bukan saja ahli panel 2 orang tu hebat, para moderator (penanya soalan) pun hebat juga iaitu Dr. Mazlee dari UIA, Dr. Wong Chin Huat dari Penang Institute dan Dr. Syed Azman dan 'PAS'.

Melihat kepada para moderator tu memang tak hairan la soalan-soalan yang dikemukakan pun hebat dan kontroversi jugak.
Aku bukan nak ulas pasai soalan dari moderator-moderator tu. Kalau nak dengar boleh tengok sendiri video penuh di page GHB MediaTV (link).

Yang menarik minat aku adalah soalan BANGANG dari seorang ahli parti Bersatu macam video kat bawah ni.


Pada aku soalan tu memang BANGANG dan memalukan ahli Bersatu seluruh Malaysia. Kalau nak tanya soalan macam tu pun tak payah la tanya di program umum macam tu, siap ada LIVE pulak tu.

Apa pun jawapan dari Dr. Mahathir untuk soalan tu memang sesuai untuk soalan yang BANGANG macam tu. Malah penonton pun bagi tepukan gemuruh untuk jawapan Dr. Mahathir tu.



Tapi bila difikir balik, elok jugak mamat BANGANG tu tanya soalan tu secara terbuka supaya Dr. Mahathir pun boleh (terpaksa?) jawab jugak secara terbuka sebabnya aku yakin memang ramai bekas ahli Umno yang masuk PPBM sebab dah tak dapat dedak dalam Umno dan harap dapat dedak pulak dalam PPBM.

"Yang merosakkan Umno ialah kerana ahli-ahli Umno bertanya kepada pemimpin, kami berjuang begini lama kami dapat apa..."

Kesimpulannya Dr. Mahathir nak bagitau kepada ahli Bersatu, jangan jadi macam ahli Umno dan jangan bawa budaya Umno masuk Bersatu atau senang fahamnya jangan hidupkan budaya RASUAH POLITIK dalam Bersatu.

Kredit video: GHB MediaTV

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...