Hj Hadi suruh Rafizi bertaubat, nampak sangat Hj Hadi tak faham soalan Rafizi (video) | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Selasa, April 11, 2017

Hj Hadi suruh Rafizi bertaubat, nampak sangat Hj Hadi tak faham soalan Rafizi (video)

Tapi bila fikir balik aku langsung tak terkejut kalau sebenarnya Hj Hadi memang tak tau pun yang Rafizi cuma tanya soalan dan bukan tuduh Hj Hadi terima dana dari 1MDB macam yang dia faham tu.  

Hj Hadi kata Rafizi jahil suruh bertaubat
Bharian dalam berita bertajuk "Taubatlah Rafizi - Hadi" melaporkan:
Datuk Seri Abdul Hadi Awang menasihatkan Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli supaya segera bertaubat kerana membuat tuduhan PAS menerima dana daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Presiden PAS itu berkata, tuduhan Ahli Parlimen Pandan itu adalah satu tuduhan dan pembohongan besar daripada seorang yang beragama Islam.

"Sebagai seorang Islam, itu satu tuduhan yang bohong 300 peratus. Kita anggap beliau jahil dan tidak tahu dosa pahala.

"Kepada saya, kesalahan beliau dengan saya (berhubung tuduhan itu) sudah dimaafkan kerana beliau tidak tahu. - Bharian.
Dari ayat Hj Hadi tu nampak sangat Hj Hadi tak faham tuduhan yang Rafizi buat malah sebenarnya nak kata tuduhan pun kurang tepat tapi sebenarnya Rafizi cuma bertanya dan minta kepastian dari Hj Hadi.

Sangat jelas ayat yanf Rafizi gunakan macam dalam video di bawah ni:



Sangat jelas Rafizi bukan tuduh Hj Hadi ada terima wang 1MDB dari Najib tapi Rafizi tanya adakah Hj Hadi yakin tiada wang dari 1MDB yang sampai kepada tokoh yang rapat dengan PAS.

Kalau pun Hj Hadi tak tengok video sidang media Rafizi tu, soalan Rafizi tu dilaporkan dengan jelas oleh banyak media.

Malaysia dalam berita bertajuk "'Saya ada bukti orang rapat dengan PAS dapat duit 1MDB' melaporkan:
Rafizi Ramli hari ini membuat dakwaan mengejutkan apabila mendakwa mempunyai bukti terdapat individu yang rapat dengan PAS menerima dana daripada 1MDB.

Malah, dakwa naib presiden PKR itu, wang itu mengalir daripada akaun bank Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Dalam sidang media di parlimen hari ini, anggota parlimen Pandan itu mencabar Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menjawab perkara itu.

Rafizi berjanji akan membuat pendedahan lanjut berkaitan perkara itu selepas ini.

“Saya hendak tanya Hadi sama ada beliau yakin tiada wang daripada akaun Najib mengalir kepada individu yang rapat dengan PAS,” katanya. - Mkini.
Jauh sangat bezanya kut tuduh PAS terima dana dari 1MDB dengan tanya adakah Hj Hadi yakin tiada wang daripada akaun Najib mengalir kepada individu yang rapat dengan PAS.

Tapi bila fikir balik aku langsung tak terkejut kalau sebenarnya Hj Hadi memang tak tau pun yang Rafizi cuma tanya soalan dan bukan tuduh Hj Hadi terima dana dari 1MDB macam yang dia faham tu.

Pasainya, aku sangat-sangat yakin Hj Hadi tak peduli pun semak berita tu dari sumber sebenar. Hj Hadi cuma terima maklumat bulat-bulat dari orang disekeliling dia yang memang selama ni terbukti bagi maklumat tak tepat kalau pun bukan palsu.

Tambah lagi aku tak terkejut sebab 'maklumat temberang' (macam kata Rafizi) yang Hj Hadi dapat dari Raja Petra Kamaruddin pun Hj Hadi percaya sungguh-sungguh.

Bawah ni video jawapan Hj Hadi kepada wartawan tu.




Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...