Dana 1MDB kepada PAS: Rafizi bagi petunjuk ianya Ust Nasharuddin Mat Isa? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Isnin, April 10, 2017

Dana 1MDB kepada PAS: Rafizi bagi petunjuk ianya Ust Nasharuddin Mat Isa?

Aku guna perkataan 'menghuru-harakan' PAS sebab aku yakin hasil kerjabuat Ust Nasharuddin inilah antara faktor yang sampai menyebabkan allahyarham TG Nik Aziz pernah mencadangkan diadakan Muktamar Agung Khas PAS. 

Malaysiakini dalam berita bertajuk "Rafizi: Individu terima dana 1MDB adalah bekas pemimpin PAS" melaporkan:
Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli, hari ini mendakwa individu yang menerima dana daripada 1MDB adalah bekas pemimpin kanan PAS.

Katanya, tindakan individu itu menimbulkan kemarahan bekas Mursyidul Am PAS, Allahyarham Datuk Nik Aziz Nik Mat kerana ingin menjalin hubungan antara partinya dengan Umno.

"Beliau menjadi jambatan antara Umno dan PAS," kata ahli Parlimen Pandan itu kepada Malaysiakini.
- Mkini.
Juga dilaporkan:
"Beliau menjadi jambatan antara Umno dan PAS," kata ahli Parlimen Pandan itu kepada Malaysiakini.

Malah, menurut Rafizi, individu berkenaan pernah ditegur oleh Nik Aziz dalam beberapa kejadian.

Walau bagaimanapun, pemimpin PKR itu masih merahsiakan identiti individu berkenaan dan berkata, beliau akan mendedahkan butirannya minggu ini. - Ibid.
Rafizi bagi 2 petunjuk, yang pertama adalah individu berkenaan bekas pemimpin kanan PAS dan petunjuk kedua adalah individu berkenaan pernah menimbulkan kemarahan allahyarham TG Nik Aziz sebab ingin menjalin hubungan antara PAS dengan Umno.

Berdasarkan 2 petunjuk tu aku sangat-sangat yakin individu tu adalah bekas Timbalan Presiden PAS Ust Nasaruddin Mat Isa yang cukup rapat bukan saja dengan Umno malah dilihat cukup rapat dengan Najib.

Malah Najib lantik dia sebagai Ketua Pegawai Eksekutif kepada Yayasan Gerakan Kesederhanaan Global (GMM)

Bab allahyarham TG Nik Aziz pernah marahkan Ust Nasaruddin Mat Isa ni aku yakin semua orang yang celik politik PAS maklum peristiwa tu.

Utusan dalam berita bertajuk "Nik Aziz bidas Nasharudin" pada 18 Jun 2009 melaporkan:
Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meminta Nasharudin Mat Isa meletakkan jawatan sebagai Timbalan Presiden Pas dan Ahli Parlimen Bachok jika masih meneruskan hasrat untuk menubuhkan kerajaan perpaduan.

Nik Abdul Aziz turut meminta Nasharudin supaya keluar daripada Pas dan menyertai UMNO kerana tindak-tanduknya itu lebih banyak menimbulkan kecelaruan kepada ahli parti itu.

Beliau dengan nada marah menyifatkan pemimpin nombor dua Pas itu sebagai tidak bermoral kerana telah membuat ‘sampah’ dalam parti tersebut. - Utusan.
Yang menariknya, walaupun Ust Nasaruddin Mat Isa berjaya 'menghuru-harakan' PAS sampai sekarang dia belum dipecat dari PAS. Kalau nak dibanding dengan apa yang Dr. Hasan Ali buat sampai dipecat, apa yang Ust Nasaruddin Mat Isa buat sebenarnya lebih hebat lagi.

Aku guna perkataan 'menghuru-harakan' PAS sebab aku yakin hasil kerjabuat Ust Nasharuddin inilah antara faktor yang sampai menyebabkan allahyarham TG Nik Aziz pernah mencadangkan diadakan Muktamar Khas PAS.

Malaysaikini dalam berita bertarikh 23 Oktober 2009 bertajuk "Muktamar khas PAS pecat Hadi?" melaporkan:
Mursyidul Am PAS mencadangkan parti itu mengadakan muktamar khas bagi membincangkan isu "dua tiga kerat pemimpin bermasalah", termasuk presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Desakan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat itu dibuat ekoran kemarahannya terhadap beberapa lagi pemimpin parti, antaranya Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali dan Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hassan Ali berhubung isu kerajaan perpaduan.

hadi awang interview 040208 anger "Bila mesyuarat agung (Jun lalu) tidak mahu tukar presiden (Abdul Hadi), misalnya maka tidak mengapalah. Kita pakat-pakat belalah.

"Begitu juga dengan isu-isu di sekitar Hassan atau Mustafa yang tak habis-habis dengan nak bekerjasama PAS dengan Umno ke arah kerajaan perpaduan atau UG (unity government).

"Tenggelam-tenggelam, timbul, kemudian dihidupkan. Kemudian dimatikan pula bila nampak orang marah. Apa ini?" tulis menteri besar Kelantan dalam blognya malam tadi. - Mkini.
Sepatutnya Ust Nasharuddin Mat Isa mesti PAS pecat lama sebelum PAS pecat Dr. Hasan Ali.

Apa pun, menamakan bekas pemimpin kanan PAS tu bukan keutamaan Rafizi, dia sebenarnya cuma nak bagi pendedahan yang akan dia buat lepas ni lebih mendapat perhatian ramai termasuk dari kalangan ahli dan penyokong tegar PAS.

Malaysiakini juga melaporkan:
Disoal mengenai sejauh mana kekukuhan bukti yang dimilikinya, Rafizi menjawab: "Saya fikir ia akan memfokus segala-galanya dan usaha menutup isu 1MDB. Ia akan membawa fokus semula kepada 1MDB."
Beliau berkata umat Islam perlu diberitahu bahawa lebih banyak perdebatan diperlukan berhubung isu itu berbanding apa yang digambarkan oleh Umno.

"Selepas ini, jika saya dedahkan individu itu, rakyat akan lebih memahami," katanya. - Ibid.
Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...